Kelas Asas ICT: Presentation Skill (Pantun) dan Tayangan Video KDB Sesi Disember 2019 (Sesi I)

7 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 6 disember 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Asas ICT iaitu Kelas Presentation Skill (Pantun) dan Tayangan Video Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 3:00 hingga 5.00 petang. Kelas ini telah disertai oleh 12 orang peserta yang berumur antara 11 hingga 40 tahun. Selain itu, peserta juga terdiri daripada pelajar sekolah rendah, menengah, dan lepasan STPM serta bekerja sendiri. Kelas ini memberi penekanan tentang aspek-aspek seperti:

• Mengukur tahap pengetahuan dan pemahaman diri para peserta di dalam bidang ICT secara umumnya.
• Mengetahui langkah-langkah yang betul dan menarik yang boleh diaplikasikan semasa membuat penyampaian dan pembentangan slide di hadapan khalayak umum.
• Peserta wajib mempersembahkan pantun yang telah siap di buat oleh masing-masing untuk di persembahkan kepada tenaga pengajar dan peserta yang turut terlibat.

Kami dari Pusat Internet Semop berharap agar peserta yang mengikuti kelas seperti ini dapat meningkatkan tahap pengetahuan ICT para Komuniti setempat terutamanya para belia agar dapat bersaing dengan masyarakat di bandar.

Tahniah dan selamat maju jaya semua.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali